Suatu Kisah Tentang Keindahan Membaca
Al-Quran
Kebanyakan
antara kita bukan berbangsa Arab dan tidak memahami Bahasa Arab. Justeru, agak
sukar memahami Al-Quran kecuali menerusi tafsir. Namun kita disuruh membaca dan
terus membaca kitab suci itu walaupun tidak mengetahui maknanya. Kenapakah kita
perlu membaca Al-Quran walaupun kita tidak memahami walau sepatah pun perkataan
Arab? Renungilah cerita indah ini.
Ada seorang tua warga Amarika yang beragama Islam tinggal
di sebuah lading berhampiran dengan kawasan pergunungan di timur Kentucky
bersama-sama cucu lelakinya. Setiap pagi, beliau akan bangun awal dan duduk di
meja dapur sambil membaca Al-Quran. Cucu lelakinya ingin menjadi sepertinya dan
sedaya upaya cuba meniru atuknya.
Suatu hari cucunya bertanya, “atuk, saya cuba untuk
membaca Al-Quran seperti atuk tapi saya tidak memahaminya. Apa yang saya faham,
sayaakan terlupa sebaik sahaja saya menutup kitab itu. Jadi, apakah kebaikan
membacanya?”
Mendengar pertanyaan cucunya itu, si datu yang sedang
meletakkan arang ke dalam dapur pemanas itu berpaling lalu berkata, “bawalah
bakul arang ini ke sungai dan ambilkan atuk sebakul air.”
Cucunya pun melakukan seperti apa yang disuruh. Namun,
air yang dicedok akan mengalir keluar sebelum tiba di rumah. Atuknya ketawa
sambil berkata, “ kamu perlu bergerak lebih pantas lagi”. Dia menyuruh cucunya
pergi ke sungai semula dengan membawa bakul itu untuk cubaan yang kedua. Kali
ini cucunya berlari sekuat hati. Malang sekali kerana bakul tetap kosong sebaik
sahaja tiba dirumah. Dengan termengah-mengah cucunya memberitahu kepada atuk
bahawa adalah mustahil untuk membawa air di dalam bakul. Lalu cucunya pun terus
membawa baldi sebagai ganti bakul.
Datuk tua itu pun berkata, “Atuk tidak mahukan sebaldi
air, atuk mahukan sebakul air. Kamu tidak mencuba bersungguh-sungguh .” beliau
pun keluar dari rumah untuk melihat gelagat cucunya mengambil air. Pada ketika
itu, cucunya tahu bahawa semua ini sia-sia belaka tetapi dia tetap ingin
menunjukkan kepada datuknya. Walaupun berlari dengan sangat pantas, air tetap
mengalir keluar sebelum sampai ke rumah. Kemudian cucunya mencelupkan bakul ke
dalam sungai dan lari sekuat mungkin, tetapi apabila sampai di hadapan datuknya
bakul itu kembali kosong. Dengan nafas yang tersekat-sekat, cucunya berkata,
“lihatlah atuk, ia sia-sia belaka!”
“Jadi kamu fikir, semua ini perbuatan sia-sia?” Tanya
orang tua itu. “Lihat bakul itu.” Lantas cucunya melihat bakul itu. Buat
pertama kalinya beliau menyedari bahawa bakul itu telah berbeza. Ia telah
bertukar daripada bakul yang kotor kepada yang bersih, luar dan dalam.
“Cucuku, apa yang terjadi semasa kamu membaca Al-Quran,
mungkin kamu tidak memahami atau mengingati semuanya. Namun apabila kamu
membacanya, kamu akan berubah dari segi zahir dan batin. Itulah aturan yang
telah Allah tetapkan dalam kehidupan kita.”
Kesimpulan :
Membaca kitab suci Al-Quran
memang banyak mendatangkan faedah sekiranya kita mengetahui maknanya. Namun,
atas keberkatan ayat-ayat Kalam Allah itu, walaupun membacanya tanpa memahami
makna, malah mendengar ayat-ayat Al-Quran yang dibaca pun akan memberi seribu
rahmat kepada kita. Mulai hari ini, biasakan diri membaca sekurang-kurangnya
sebaris ayat suci Al-Quran sehari. Lebih-lebih lagi, jika merujuk kepada
tafsiran maksudnya sekali.
No comments:
Post a Comment